Kebanyakan di antara kita sangat-sangat lah tidak menitik beratkan soal sarapan pagi. Kausar masih ingat lagi pesan sorang pensyarah waktu belajar dulu. “kalau nak segar dan energetik sepanjang hari, pastikan makan sarapan pagi”.
Masa tu senyum-senyum kambing lah sebab kausar selalu je skip sarapan..hehe teroks ai tau. Dah perangai sebati dalam diri memang susah nak ubah. Tapi pikirkan tentang kebaikannya, kausar slowly cuba ambik sarapan. Even sampai sekarang masih lagi kadang ikut kadang tak ikut.
Dalam proses nak ubah ni kausar research serba sedikit makanan terbaik sebagai sarapan pagi. Takkan lah nak ikut tekak melayu tiap-tiap hari, makan nasik lemak, nasik air dingin, nasik berlauk saja hehe. Almaklumlah pantai timur kens
So inilah hasilnya, kausar berbesar hati share dengan pembaca semua.
ANTARA SARAPAN PAGI TERBAIK ANDA
1. Telur
Kajian mendapati bahawa pengambilan telur semasa sarapan pagi boleh meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori untuk hidangan seterusnya. Selain membantu mengekalkan kestabilan gula dalam darah dan insulin dalam badan seseorang individu.
2. Yogurt Greek
Yogurt Greek diperbuat daripada cecair yang disaring dan cecair daripada kerd yang menghasilkan krimer yogurt yang pekat dan kaya dengan kandungan protein. Ia juga sangat bagus jika diambil selepas bersenam.
3. Kopi
Kandungan kafein yang tinggi di dalam kopi menyumbang kepada peningkatan mood yang baik, kepekaan dan prestasi mental seseorang untuk bekerja dengan lebih berkesan.
4. Biji Chia
Serat likat/viscous fiber yang bersifat serap air membantu meningkatkan jumlah pergerakan makanan melalui saluran penghadaman dan membantu individu berasa kenyang serta berpuas hati.
5. Oatmeal
Ia diperbuat daripada oat tanah yang mengandungi serat yang unik dikenali sebagai beta-glucan. Serat kaya dengan manfaat kesihatan termasuk mengurangkan kolestrol dalam badan individu.
6. Buah Beri
Beri adalah buah yang rendah gula berbanding buah-buahan lain dan kaya dengan serat. Setiap satu rasberries dan blackberries membekalkan 8g serat bagi setiap cawan.
7. Kekacang
Makanan sampingan seperti kekacang sangat bagus sewaktu sarapan pagi kerana ia mampu membantu individu mencegah pertambahan berat badan.
8. Teh Hijau
Secawan teh hijau membekalkan hanya 35-70mg kafein iaitu bersamaan 1/2 jumlah kafein di dalam kopi.
9. Buah-buahan
Seperti yang kita tahu semua jenis buah-buahan mengandungi vitamin, kalium, serat dan secara relatifnya rendah kalori. Secawan buah yang dipotong membekalkan 80-130 kalori bergantung kepada jenis buah yang diambil.
10. Keju Lembut / Cottage Cheese
Keju lembut mengandungi protein di mana ia meningkatkan kadar metabolisme tubuh, menghasilkan rasa kenyang dan mengurangkan hormon lapar (ghrelin).
11. Biji Rami / biji labu / nutriferon
Biji rami kaya dengan serat likat yang membantu seseorang berasa kenyang untuk tempoh beberapa jam selepas makan dan mampu meningkatkan sensitiviti insulin.
Lebih mudah kini dah ada suplemen seperti NUTRIFERON SHAKLEE yang menjadikan baji labu sebagai bahan utama. Dan lebih bagus lagi sebab nutriferon ni menggabungkan 3 bahan lain yang menambahbaik tindakbalas pada badan kita. Gabungan biji labu, biji plantago, bunga japanese honey suckle dan bunga safflower boleh menguatkan imun sistem badan dan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan.
12. Energizing Soy Protein (ESP) Shake
Kebanyakan kajian yang dijalankan telah dibuktikan bahawa serbuk protein memberikan beberapa manfaat kepada kesihatan. ESP merupakan satu minuman soya yang tinggi protin tanpa pengubahan genetik (non-gmo). Soya yang dihasilkan oleh shaklee sangat lain di pasaran kerana esp membekalkan protin padat yang masih lagi terpelihara khasiatnya.
Dengan pengambilan ESP pada waktu pagi boleh memberi rasa kenyang yang lama dan mencegah daripada pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak atau berlebihan.
Penghidap Gastrik, ibu mengandung, ibu pantang, golongan yang sedang berdiet sangat-sangat disarankan untuk mengambil esp.
InsyaAllah dengan pengambilan sarapan yang berkualiti dan sihat, kita akan lebih bertenaga sepanjang hari. Malahan ianya sihat kan. Rasa dan keinginan untuk mengambil makanan yang tinggi kalori boleh dikurangkan.
Rasanya kausar stop sini je dulu ye. InsyAllah di lain masa di entry selanjutnya kausar akan kongsi lagi apa yang bermanfaat untuk semua pembaca. Terima kasih sudi follow mamaraudhah dekat sini.. ngeh3.
Jika ingin mendapatkan pilihan sarapan yang instant namun terbukti berkhasiat secara natural seperti ESP dan NUTRIFERON, Korang boleh hubungi kausar di lain talian yang tertera.
Your Trusted Seller Forever.
Leave a Reply