Assalamualaikum semua.
Sekarang kausar bersiaran pada pukul 2 pagi. Raudhah baru je tido tadi. ingatkan awal lagi nak ON laptop tapi lambat bebeno raudhah boleh lelap..huhu. Maybe sebab petang tadi dia tido lepas asar.
Malam ni..eh pagi ni laa bersamaan dengan 9 jan 2018 genap lah umur kausar 28 tahun..huhu. Dah makin tua rasanya. Kematian pon bila2 masa je menjemput. So harapnya setiap entry yang kausar kongsi di sini ni boleh menyumbang pahala berpanjangan.
kali ni kausar nak kongsi mengenai VIVIX SHAKLEE. Apa kebaikan dan kelebihan vivix yang jadi buah mulut. Mungkin ramai pembaca dah sedia maklum tentang vivix tapi masih ada juga yang belum tahu.
KENAPA PERLU MEMILIH VIVIX SHAKLEE
VIVIX ni di hasilkan daripada 4 bahan botanical yang mostly sangat2 tinggi kandungan resveratrol dan polifenol. 4 bahan tersebut ialah MUSCADINE GRAPES, POLYGONUM CUSPIDATUM, EUROPEAN ELDERBERRIES, PURPLE CARROT. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
APA KHASIAT UNIK YANG ADA PADA VIVIX ?
Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
10 SEBAB KENAPA PERLU VIVIX SHAKLEE
- Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
- Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
- Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
- Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
- Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
- Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk – merawat azhameir
- Membantu merawat penyakit parkinson
- Membantu memulihkan penyakit strok – angin ahmar
- Meningkatkan kesihatan imum badan
- Menggalakan kesihatan keseluruhan
PENGALAMAN SENDIRI..
Kausar sendiri pernah disahkan ada ketumbuhan CYST DAN FIBROID. Melalui pembacaan dan nasihat doc, kausar dapati yang ketumbuhan ni susah kita nak detect, kalau perasan pon dah besar dah. Sebab tu doc selalu nasihat para wanita scan untuk tahu benda ni wujud ke tak.
Lepas scan dekat klinik swasta, kausar di beri appoinment ke hospital gomen untuk further check up. Untuk tunggu giliran jumpa pakar tu, maunya berjanggut tunggu berbulan2. Dari bulan 4 opomen, bulan 9 barulah dapat check. Jadi sepanjang tempuh bertenang tu kausar cuba untuk ikhtiar.
Alhamdulillah masa ni memang dah kenal vivix dan tau fungsi vivix. So kausar ambik vivix sesudu tiap2 hari. Allah punya kuasa, scan bulan 9 tu alhamdulillah CYST dah takde. Tapi fibroid still ada lagi seketul 2cm, tp kata doc kalau bawah tu still lagi tak berbahaya dan tak mengancam.
Tahu tak, waktu scan kali pertama tu ketulan tu dah 2cm dan doc cakap memang berketul2 banyak bukan satu ketul je. Tapi scan seterusnya doc juz cakap ada seketul 2cm and ketulan tu tak membesar pun dalam tempuh beberapa bulan tu.. alhamdulillah fibroid tak aktif. Yess memang vivix tu sebagai asbab je, yang menyembuhkan tu memang kerja Allah Taala. Tapi kausar yakin dengan ikhtiar tu dapat bantu. Allah pun takkan bantu orang yang takmau usaha bantu diri dia.
korang tau kenapa kausar yakin dengan vivix ? ni sebab vivix ada kandungan anti oksidan yang sangat tinggi. Bila kausar baca tentang ketumbuhan ni.. yess, dorang memang alah dengan anti oksidan. Anti oksidan tinggi dapat bantu kecutkan ketulan tu.
so, korang yang ada masalah macam kausar, ikhtiarlah. Kausar boleh pung pang dekat sini cakap macam2, tapi kalau korang tak cuba.. memang sendiri tak tau menjadi ke tak.
Satu lagi, jaga pemakanan jugak. Banyakkan makan buah dan sayur yang tinggi anti oksida. Kalau kausar suka makan buah anggur. Buah anggur bagus tau sebab ada anti oksida. Dalam vivix ni pon ada anggur. (ANGGUR MUSCADINE).. ANGGUR ni rare sangat sebab besar saiznya. Sebesar bola golf tau korang. So tinggiiiii la kandungannya ari anggur biasa. Sebab tu SHAKLEE pilih anggur ni jadikan bahan. Dekat pasaraya pon takde, kalau ada pon mahal sangat.
KENAPA RAMAI PILIH VIVIX ?
Kausar kongsi apa yang boleh bantu korang yang nak betul2 ikhtiar. InsyaAllah kejayaan mengiringi korang.
Khusus kepada korang yang nak menjaga kesihatan, sebagai ikhtiar merawat melalui supplement (nutrisi lengkap) dan pemakanan sihat, boleh hubungi kausar melalui Whatsapp.
Khas buat customer yang purchase melalui kausar, kausar akan memberi konsultasi secara percuma dan panduan cara mengamalkan vivix dan supplement lain dengan cara yang betul sepertimana yang kausar sendiri amalkan.
Anda juga boleh dapatkan vivix dengan cepat dan mudah secara online sahaja. Boleh klik pada gambar di bawah untuk memudahkan pembelian anda.

Jom amalkan pemakanan sihat dan vitamin yang semulajadi !!
Maklumat yang berguna
Alhmdulillah. Tq syaz
kauthar recently posted…Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi