Kehamilan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan. Rasa resah dan tertanya-tanya bilakah boleh mendakap si manja. Meh kita kupas lanjut mengenai isu ini.
Perlu diketahui kira-kira 5% sahaja ibu yang melahirkan tepat pada tarikh jangkaan. Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40weeks dari tarikh hari pertama period yang last. Sekiranya ibu mencapai usia kehamilan usia 41weeks, ibu akan di sarankan untuk ke hospital oleh doktor. Doktor akan menyemak dan membuat imbasan kedudukan bayi dan saiznya. Dan bukaan serviks juga akan diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran.
KENAPA SERING BERLAKU OVERDUE ?
- Tak pasti tarikh terakhir haid sebelum hamil
- kehamilan pertama
- Mempunyai sejarah overdue sebelum ini. 30% wanita akan mengalami overdue pada kehamilan seterusnya
- Hamil bayi lelaki
- Ibu mempunyai berat badan berlebihan
- Bayi yang mempunyai biological defects yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa proses bersalin ( intrapartum hypoxia)
Maka doktor akan menyarankan dua cara bagi ibu yang mengalami overdue iaitu induksi semasa kehamilan 41weeks atau membrane sweeping (jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan akan digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membrane kantung bayi dengan rahim. Jika berjaya ia akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48hours) daripada 38weeks ke atas.
CARA LAIN UNTUK MENCETUSKAN KELAHIRAN..
- Berjalan kaki boleh menggalakkan kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai 40weeks. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
- Nipple stimulation atau tindakan merangsang puting payudara agar hormon oksitosin dirembeskan tidak berkesan dan tidak digalakkan.
- Melakukan hubungan intim kerana semen mengandungi prostaglandin yang mematangkan serviks.
- Takde bukti kukuh untuk menyokong bahawa memakan makanan pedas boleh menggalakkan pergerakan usus dan mencetuskan kontraksi.
BAHAYA KE OVERDUE NI
Bagi kehamilan yang melepasi 40weeks, ibu dan bayi berisiko untuk mengalami masalah air ketuban berkurang. Air ketuban ini merupakan salah satu pelindung atau pelincir kepada bayi di dalam rahim. Jika berkurang ia boleh memberi risiko anak mati dalam kandungan. Degupan jantung bayi akan berdegup perlahan, ini memberi signal fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi yang tidak aktif.
Seterusnya bayi tersebut berisiko mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang menyebabkan bayi tertelan najis. Malah menyebabkan bayi mati dalam kandungan (stillbirth)
Ibu juga akan berisiko mengalami trauma kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan vakum orseps disebabkan saiz bayi yang besar. haduiii seram makk aihhh !!
Intrapartum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen dan risiko shoulder dystocia (saiz besar). Rsiko-risiko ini semua boleh menyebabkan kematian ataupun kecacatan kepada bayi dalam kandungan.
SINDROM ASPIRASI MEKONIUM
Dalam keadaan tertentu, bayi telah membuang air besar ketika di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang “stres” (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Tetapi ada juga yang terjadi secara rawak tanpa sebab iaitu terlebih tarikh jangkaan bersalin.
- Jangkitan kuman pada ibu
- Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil
- Ibu yang menghidapi proses kelahiran yang mempunyai komplikasi menyebabkan ia lama atau sukar
- Ibu yang mengalami tekanan darah tinggi
- Ibu yang merokok dan mengambil dadah
LANGKAH PENCEGAHAN
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya ibu boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak terhad kepada golongan yang berisiko sahaja. Bagi ibu yang disenaraikan berisiko tinggi, mereka perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula dari 34weeks kehamilan.
Selain itu, segera mendapatkan rawatan dan nasihat doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, senak perut dan kejang, tekanan darah tinggi serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya perkara ini, proses kelahiran perlu dipendekkan dengan segera. Kerjasama ibu dan pasangan menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu semasa bersalin.
Namun hanya 5% sahaja bayi yang membuang najis dalam kandungan akan mengalami situasi seperti ini. Bayi yang awalnya mengalami pernafasan laju akan mula mula bernafas secara semulajadi selepas empat hari. Sindrom ini jarang menyebabkan kerosakan kepada paru-paru.
DAPATKAN VITAMIN LENGKAP SEMASA HAMIL
Semasa hamil ni memang kita mengalami pelbagai perkara dan kompliasi yang tak di jangka. Dan sebaiknya kita bersedia untuk menerima pelbagai kemungkinan yang berlaku. Jika tidak, kita mungkin akan stress sepanjang tempoh kehamilan.
Apabila ibu memandang serius berkenaan nutrisi lengkap, banyak komplikasi yang ibu dapat elakkan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang set hamil lengkap shaklee boleh baca di ruangan set mengandung shaklee
Untuk dapatkan set hamil boleh hubungi kausar di talian yang tertera. Kausar akan memberi konsultasi kepada pelanggan kausar sepanjang proses kehamilan sepertimana yang kausar consume semasa hamil.
Jom hamil dengan gembira dan bertenaga sepanjang 9 bulan kehamilan dengan set hamil shaklee
Leave a Reply