Kebelakangan ni kausar banyak membaca tentang asid urik. Bila umur dah banyak dan nak buat persediaan kesihatan sendiri, bahkan kausar pernah mendapat prospek yang bertanya tentang gout. So rasa sangat berbesar hati untuk share juga di sini.
Apakah asid urik?
Asid urik adalah bahan kumuhan sebatian protein yang di gelar purin. Purin ini berkumpul membentuk kristal pepejal di bahagian tubuh kita.
Asalnya purin ini melalui salur darah dan mengalir ke saluran buah pinggang untuk di tapis. Seterusnya akan dirembeskan melalui air kencing.
Namun jika paras asid urik masih tersisa setelah dibuang melalui air kencing, maka ia akan kembali ke salur darah dan buah pinggang dengan membentuk ketulan tajam kristal. Dalam bahasa mudahnya asid urik datangnya daripada sel-sel mati yang terkumpul, dan makanan tidak terbuang sepenuhnya melalui air kencing.
Usid urik tinggi penyebab gout
Paras normal bagi seseorang individu lelaki ialah 3-7mg/dL. Manakala bagi individu perempuan dewasa pula 2-6mg sahaja. perempuan yang berumur 40 an ke atas dan menjangkau menopouse manakala lelaki sekitar 30 an.
Jika melebihi paras ini, seseorang individu berkemungkinan besar boleh mendapat serangan gout.
Gout yang dikenali dengan kaki gajah boleh juga terjadi di bahagian badan yang lain contohnya di lutut, tangan dan bahagian sendi yang lain.
Di peringkat yang pertama, paras asid urik bertambah tetapi tanpa gejala. Serangan gout pertama biasanya berlaku di peringkat kedua. Dan ia berlangsung selama beberapa hari atau minggu. serangan ini biasanya mudah baik dan pulih cepat rasa sakitnya.
Selepas mendapat serangan pertama, jika tidak dirawat dengan baik. Ia akan berada di tempoh bertenang agak lama iaitu 6 bulan atau dua tahun. Disebabkan tempoh ini dirasakan agak panjang, ramai yang terlepas pandang untuk merawat dengan betul supaya ia tidak berlarutan.
Pada peringkat akhir pula, serangan gout menjadi semakin kerap dan ia membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Ketulan-ketulan juga semakin banyak dan membesar di setiap sendi badan. Dan dalam kes-kes kronik ini, kerosakan ginjal, hipertensi dan batu karang juga terbentuk dan merosakkan organ-organ lain.
Tahukah kita bahawa tempoh di suatu keadaan itu sangat memakan masa. Maka jika ia dapat di kesan dari awal garisan-garisan asid urik ini terjadi, ia boleh dielakkan dengan segera.
Sebab utama asid urik boleh mencapai paras bahaya.
Masalah kesihatan yang berkaitan asid urik berlebihan seperti gout ini kerap berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, di samping keturunan. Dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Individu yang mengalami masalah obesiti juga berpotensi besar untuk mendapat gout kerana mempunyai metabolisma yang rendah. Bahkan kepekatan garam mineral yang tinggi di dalam air kencing menyumbang kepada pembentukan batu karang.
Pemakanan yang tidak sihat ini tidak mampu dirembeskan di dalam ginjal, kemudian asid urik akan terkumpul dan membentuk ketulan kristal. Oleh itu pengawalan makanan juga penting untuk mengurangkan paras asid urik.
4 Cara mengurangkan kandungan asid urik dalam badan
- Menurunkan berat badan kepada BMI yang normal. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan terutama wanita iaitu melebihi 60kg, anda perlu risau dan mulakan diet sihat setiap hari. Ia amat membantu menurunkan asid urik yang berkumpul di sendi-sendi anda.
- Mengamalkan gaya hidup sihat. Maksudnya di sini anda perlu bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali tidak kira lah senaman ringan atau senaman berat. iaitu menggerakkan otot-otot anda sehingga mengeluarkan peluh.
- Menjaga pemakanan. Amalkan makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran setiap hari. perbanyakkan minum air masak dalam kuantiti mengikut berat badan anda. Elakkan makanan yang diproses, makanan dalam tin. Kurangkan pengambilan gula putih dan garam. Boleh gantikan dengan garam bukit dan gula perang dalam masakan anda.
- Mengambil makanan tambahan (supplement). Ia boleh membantu anda untuk menutup lompong-lompong nutrien yang kurang dalam diet seharian anda. Iaitu mencukupkan nutrisi sedia ada. Ini bukan bermakna hanyamakan vitamin tapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Bhkan suplemen ini berada di tangga selepas mengamalkan gaya hidup sihat.
Ini merupakan cara yang wajib anda lakukan untuk menurunkan paras asid urik dan seterusnya menghidari dan menghilangkan penyakit gout dari terjadinya.
Vitamin Shaklee yang bertindak untuk membantu menyingkirkan asid urik dalam badan.
- VIVIX – KANDUNGAN RESVERATROL DALAM VIVIX BOLEH MENURUNKAN PARAS ASID URIK DALAM BADAN.
- ALFALFA – MENYINGKIRKAN TOKSIN SECARA LEMBUT DALAM BADAN.
- OMEGA GUARD – MENGANDUNGI DHA & EPA YANG BOLEH MENGURANGKAN KERADANGAN KEPADA PESAKIT GOUT.
- PERFORMANCE DRINK – MENGELAKKAN TUBUH MENJADI DEHIDRASI & MEMASTIKAN TUBUH MENDAPAT CUKUP KANDUNGAN AIR DAN GULA.
- OSTEMATRIX – MEMBERIKAN KELEGAAN DI SENDI-SENDI TULANG.
- BCOMPLEX – MEMBEKALKAN ASID FOLIK YANG CUKUP KEPADA TUBUH DAN MEMBERI ENERGI.
Sudah ramai yang berpuas hati dengan hasil atas pengambilan vitamin-vitamin tambahan untuk membantu mengurangkan asid urik dan seterusnya menjaga tubuh agar berada dalam kondisi yang baik.
Feedback customer
Tindakan awal anda untuk mengurangkan bacaan asid urik dalam badan, boleh mengelakkan penyakit gout dari menyerang sendi-sendi anda. Ikhtiar dengan vitamin itu penting untuk mencukupkan nutrisi yang lompong, tapi pastikan anda juga membuat pemeriksaan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin berikhtiar dengan vitamin semulajadi shaklee, boleh klik di sini terus kepada whatApps kausar http://www.wasap.my/60162354678
Gout ni nampak satu penyakit yang simple je. Tapi sengsara dia orang kena saja yang tahu.
betul tu. memang seksa
sekarang saya dalam proses mengawal pemakanan..dan akhirnya nak kekalkan berat badan yang ideal
mrhanafi recently posted…Kata Kata Rindu Buat Anak Yang Jauh Berbentuk Doa
alhamdulillah..moga tuan berjaya macam yang di trget