Peranakan jatuh terjadi dengan tidak mengenal usia. Ramai yang saya jumpa, berlaku pada usia muda belum berkahwin dan belum lagi melahirkan anak.
Sebagai wanita, anda pasti merasa gusar dan tidak tenang jika ianya berlaku pada anda. Tambahan lagi peranakan merupakan satu organ yang sangat penting untuk mendapatkan zuriat.
Rahim yang sihat menandakan anda subur dan mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata. Oleh itu, penjagaan rahim ini bermula dari pemakanan yang anda ambil beserta tabiat seharian.
Disini saya kongsikan kepada anda sedikit info mengenai TANDA, PUNCA DAN CARA yang boleh kita atasi masalah ini.
TANDA PERANAKAN LEMAH & TURUN KE BAWAH
- Rasa sakit di bawah perut/ari-ari sehingga ke hujung paha.
- Sakit pinggang.
- Bila waktu petang, suhu badan meningkat. Badan seperti lemah dan demam.
- Bagi wanita yang sudah berkahwin, anda juga boleh memeriksa dengan memasukkan jari tengah ke dalam lubang dubur sedalam 3 ruas jari anda. Jika jari anda tidak dapat dimasukkan walaupun 1 ruas..ini menandakan peranakan anda jatuh.
- Sakit ketika melakukan hubungan suami isteri.
- Sentiasa berair pada kemaluan.
- Kerap kencing (ini kerana peranakan memberi tekanan pada pundi kencing).
- Terasa kembung @ gumpalan angin di bahagian bawah perut.
- Sakit-sakit badan.
- Sentiasa berasa letih keterlaluan walaupun tidak banyak beraktiviti.
Jika dibiarkan rahim anda jatuh tanpa mengambil sebarang tindakan, ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada anda terutama masalah hubungan suami isteri, dan mendapat zuriat.
Seterusnya ia juga boleh menjurus ke arah tombong . Tombong ialah peranakan yang telah habid terkeluar dari lubang dubur.
Keadaan ini menyebabkan anda berkemungkinan perlu untuk melakukan pembedahan membuang tombong tersebut.
PUNCA PERANAKAN TURUN
Umum mengetahui bahawa tombong ini berlaku disebabkan oleh ketidakurusan pada rahim anda atau dengan kata lain, rahim yang lemah.
- Kerap jatuh terutama jatuh menghempap bahagian punggung ke lantai.
- Mengangkat benda berat
- Aktiviti lasak
- Selepas bersalin, tidak berpantang dengan baik menyebabkan rahim anda tidak kembali pulih.
Tanpa penjagaan yang baik dan berterusan, peranakan anda akan menjadi semakin parah. Dan pencegahan awal perlu diberi keutamaan. Dengan mengenali punca-punca ini membolehkan anda mengatasi tanpa perlu melakukan pembedahan.
Betul.. peranakan ini boleh dinaikkan kembali apabila anda melakukan urutan naik rahim. Namun pastikan tukang urut anda berpengalaman dan boleh melakukan urutan dengan baik.
Ini kerana jika tersalah urut, ia mungkin menyebabkan rahim anda menjadi lebih parah.
Awas!
Peranakan anda boleh kembali jatuh walaupun selepas berurut. Ini kerana rahim anda lemah. Oleh itu, ikhtiar untuk menguatkan rahim adalah amat penting selepas berurut.
Di sini saya kongsikan kepada anda apa yang saya buat untuk mengatasi masalah ini secara berkala.
CARA SAYA MENGATASI PERANAKAN LEMAH/JATUH
Langkah pertama saya ialah saya melakukan urutan oleh tukang urut profesional. Pakej urut seluruh badan dan bertungku.
Kemudian saya mengambil 3 jenis vitamin shaklee sebagai suplemen untuk menguatkan rahim saya.
1. Energizing Soy Protein (ESP) – Jika anda pernah membaca posting saya sebelum ini, saya ada menceritakan tentang kelainan soya shaklee berbanding soya yang berada di pasaran luar.
Soya Shaklee ditanam secara organik tanpa pestisid dan diproses dalam suhu yang paling minimum untuk menjaga protein supaya tidak rosak. Non Gmo dan protein juga boleh menguatkan lantai peranakan.
2. Vitamin E – Membantu untuk menguatkan otot-otot rahim kita. Sebab tu bila orang mengurut kemudian tidak mengambil vitamin, maka rahim mereka akan turun kembali.
3. Alfalfa – Alfalfa dikenali sebagai jamu moden seperti kacip fatimah. Kena lah dengan panggilan jamu yg sangat sinonim dengan Wanita. Ianya sangat bagus untuk organ wanita iaitu berfungsi mengecutkan rahim, menghilangkan keputihan, detox darah dan melancarkan perjalanan darah haid. Paling anda bakal takjub, alfalfa ini boleh memberikan kepuasan semasa hubungan kelamin.
Boleh dikatakan alfalfa ini wajib diambil setiap hari tanpa gagal.
Seterusnya saya juga melakukan senaman kagel untuk menjaga kedudukan rahim. Namun jika rahim anda sudah cukup kuat, ianya satu bonus untuk tidak melakukannya setiap hari.
5 langkah ini yang saya amalkan, dan ianya berkesan pada saya tanpa memberi efek yang buruk. Pemilihan suplemen organik yang sangat bagus, mempunyai ujian saintifik oleh saintis juga memainkan peranan.
Jika anda ingin mendapatkan SET PERANAKAN LEMAH seperti saya ini, anda boleh hubungi saya di talian 0162354678. Konsultasi eksklusif terus call atau melalui rangkaian whatsApp amat saya alu-alukan.
Membantu dan berkongsi pengalaman adalah keutamaan saya
ID Shaklee : 1186983
Page : Pengedar Shaklee Sg Buloh- 016-2354678
Cod area : Sg buloh, Paya Jaras, Subang bestari, Damansara damai dan sekitar.
Leave a Reply