Apabila mula gatal gusi hendak tumbuh gigi, baby akan mula suka menggigit semasa menyusu. Bagi ibu yang pernah mengalaminya tentu tahu bagaimana terkejut dan sakitnya bila baby menggigit.
Selain tumbuh gigi, pelekapan yang salah juga merupakan faktor baby mrnggigit di mana mereka menggunakan gudi di bawah. Sekiranya baby melekap dengan betul, kedudukan lidahnya berada di bawah payudara dan menutupi gusi bawah menyebabkan baby tiada ruang untuk menggigit. Hal ini kerana mekanisme hisapan terus dengan ibu melibatkan pergerakan rahang bawah sahaja. Jadi adalah penting untuk semua ibu yang sering digigit oleh baby semasa menyusu memastikan pelekapan anak dalam keadaan baik setiap kali menyusu untuk mengelakkan situasi ini berulang.
5 PUNCA LAIN BABY MENGGIGIT
- Keadaan baby yang kurang sihat terutama jika mengalami selesema atau jangkitan telinga menyebabkan baby sukar menelan. Sebagai penyelesaian, pastikan kedudukan baby sewaktu menyusu lebih tegak supaya baby lebih mudah menelan.
- Selain itu, ada juga baby yang menggigit apabila tertidur atau pada akhir penyusuan. Maka sebelum baby tertidur, ibu boleh mengeluarkan puting dari mulutnya dengan menggunakan jari kelingking apabila merasakan hisapannya mula perlahan dan lemah.
- Ada juga baby yang perhatiannya mudah terganggu dengan persekitarannya terutama baby yang sudah besar. Hal ini menyebabkan mereka dengan tidak sengaja menggigit puting ibu terutama apabila menoleh secara tiba-tiba kerana terlupa yang mereka sedang menyusu dengan ibu.
- Terdapat baby yang gemar ibu memberi perhatian kepadanya setiap kali menyusu dengan ibu. Jadi jika ibu sibuk dengan perkara lain contohnya melihat telefon bimbit, si anak akan menggunakan teknik menggigit untuk menarik perhatian ibu.
- Selain itu, baby yang bijak penuh dengan sifat ingin tahu. Sesetengah daripada mereka sengaja menggigit untuk melihat reaksi ibu atau apa yang akan berlaku.
CARA ELAK GIGITAN OLEH BAYI
Banyak cara boleh dilakukan untuk ibu mengelak daripada digigit tanpa perlu menghentikan penyusuan. Antara langkah yang boleh dicuba ialah seperti berikut :
- Pastikan posisi dan cara pelekapan anak betul setiap kali ibu ingin memulakan penyusuan.
- Masukkan jari kelingking di tepi mulut baby apabila dia mula hendak menggigit. Apabila dia menggigit jari, puting ibu dengan sendirinya akan dilepaskan.
- Elakkan menjerit berterusan kerana ia akan membuatkan baby terus menggigit berulang kali kerana menganggap ibu sedang bermain dengannya. Jeritan yang kuat juga boleh menyebabkan baby fobia dan terkejut hingga menolak untuk menyusu terus dengan ibu.
- Jika baby menggigit lagi ketika menyusu, ibu boleh picit hidung anak atau peluk supaya baby sukar bernafas. Jadi baby akan mengaitkan jika dia menggigit maka dia akan sukar bernafas.
- Jika ini berlaku, ibu boleh menghentikan penyusuan seketika. Pandang mata baby dengan tepat ke matanya dan bercakap dengan tegas. Lakukan berulang kali, lama kelamaan baby akan faham bahawa jika dia terus menggigit dia pasti tidak akan dapat menyusu lagi.
PESANAN BUAT IBU
Tidak salah untuk ibu menjerit atau marah semasa baby menggigit, tetapi cukuplah dengan perkataan “ouch” sahaja. Ini kerana jika ibu menjerit terlalu kuat dikhuatiri anak akan terkejut dan menjadi fobia seterusnya enggan menyusu lagi (nursing strikes).
RELAKTASI TIDAK MUSTAHIL DENGAN SOKONGAN SUAMI
Jangan pula ibu merasa susah disebabkan baby sering menggigit ketika menyusu, dan membuat keputusan memberhentikan proses penyusuan.
Di sini pula kausar memberi kesinambungan kepada ibu. Tips kepada ibu menyusu dan tips kepada ibu yang ingin meneruskan penyusuan selepas berhenti lama menyusu. Kefahaman ini poin utama kepada ibu bahawa amat penting sebuah penyusuan itu dengan sokongan suami. Terutama bagi ibu yang ingin memulakan kembali proses penyusuan.
Paling penting ialah untuk merangsang semula penghasilan susu kerana susu ibu hanya akan terhasil jika terdapat “permintaan” secara berterusan. Isyarat ini akan sampai ke bahagian otak ibu (pituatari) untuk “memaklumkan” terdapatnya permintaan secara berterusan supaya hormon prolaktin dapat dirembeskan dan proses penghasilan susu dapat diteruskan.
Rangsangan boleh dibuat dengan beberapa cara termasuklah
- Sentuhan kulit ke kulit iaitu dengan membuat sentuhan kulit ke kulit dada baby ke dada ibu tanpa dilapik dengan pakaian/kain. Jika khuatir baby kesejukan, ibu boleh selimutkan belakang badan baby. Biarkan baby ibu dalam keadaan ini selama yang boleh.
- Lakukan urutan (tanpa minyak) secara perlahan pada payudara. Urut beberapa minit secara serentak di kedua-dua payudara. Pastikan tangan bersih.
- Baby menyusu secara terus di payudara (bukan dengan botol). Hal ini dapat merangsang secara terus di payudara.
- Memerah susu secara berkala pada kedua-dua belah setiap dua hingga tiga jam. Susu perahan itu boleh diberikan kepada baby menggunakan cawan untuk mengelakkan baby keliru puting.
Semua cara tersebut memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi daripada ibu dan suami kerana untuk berjaya langkah-langkah tersebut perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan untuk beberapa ketika sebelum susu dapat dihasilkan semula.
Setelah susu mula terhasil semula secara konsisten, ibu boleh mengurangkan secara beransur-ansur pemberian susu formula. Pastikan berat bayI bertambah dalam julat graf mengikut usia baby.
TIPS UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENYUSUAN SEMULA
- Berbincang dengan suami niat untuk menyusu semula supaya mendapat sokongan.
- Tetapkan matlamat penyusuan semula yang hendak dicapai bersama-sama suami.
- Buat jadual untuk sesi merangsang dan memerah susu secara berkala. Sebaik-baiknya buat jadual yang bersesuaian untuk hari bekerja dan hari tidak bekerja.
- Tetapkan beberapa jam sehari untuk lakukan sentuhan ke kulit (oleh suami atau ibu)
- Ambil makanan seimbang dan minum mengikut keperluan. Ambil makanan penggalak susu seperti kurma, oat atau halba.
- Berinteraksi dengan baby semasa membuat sentuhan kulit ke kulit atau semasa menyusukan baby. Bercakap-cakap sambil membuat eye contact. Contohnya “mama sedang berusaha untuk menghasilkan semula susu supaya sayang boleh menyusu lagi…”.
- Ambil supelemen penggalak susu dan memekatkan susu supaya susu ibu berkualiti.
ANTARA SUPLEMEN PENGGALAK SUSU IBU
Kausar mencadangkan ibu mengambil SET MENYUSU SHAKLEE yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu. Ini kerana vitamin shaklee membekalkan khasiat yang sangat bagus untuk di salurkan baby selain dari memekatkan lagi susu. Membolehkan baby kenyang dengan lebih lama dan cepat kenyang apabila minum susu ibu yang pekat.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
OSTEMATRIX 
ALFALFA
Energizing Soy Protein ( ESP) : Sumber protin yang sangat bagus untuk membina sel-sel baru (baby memerlukan sumber protin yang cukup untuk mendapatkan pertumbuhan rambut, kuku kulit yang sempurna) , memekatkan susu ibu yang boleh memberi kekenyangan kepada baby pada tempoh yang lama. Seterusnya dapat mencerahkan kulit baby anda, dan mengenyangkan ibu menyusu.
Alfalfa : Dirumuskan daripada daun alfalfa yang matang. Boleh membantu menggalakkan pengeluaran susu yang banyak. Mengelakkan ibu daripada sembelit.
Ostematrix (kalsium) : Memberikan sumber kalsium untuk disalurkan kepada baby dan juga ibu. memberi kelegaan kepada ibu supaya tidak sakit-sakit badan terutama ketika menyusu. Maka ibu akan selesa untuk menyusukan baby. Jika selesa dan tidak stress, maka ia menghantar isyarat kepada badan untuk memproses susu dengan banyak.
APA KATA PENGGUNA SET MENYUSU
Untuk dapatkan SET IBU MENYUSU, boleh hubungi kausar di talian tertera. InsyaAllah ibu akan di beri konsultasi khas dari kausar di atas pembelian set menyusu. Di harapkan pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian kausar.
Jom mengekalkan kecergasan dan bahagia dengan penyusuan ibu bersama anak anda
Leave a Reply