Dari saya belum berkahwin, saya dah mula guna krim serbaguna ini. Banyak menggunakannya untuk masalah gatal-gatal, luka kecil, dan jerawat pada masa tu.
Sebab apa saya suka sangat guna Krim Herbal Blend Shaklee ni sedangkan sebelum tu saya memang paling tak suka guna apa-apa krim.
- Paraben Free ( saya rasa selamat untuk menggunakannya, tak risau lagi tentang chemical yang akan melekat di tangan )
- Mentholated ( berangin tapi lembut saja, tidak panas pada kulit )
- Tidak melekit
- Tekstur lembut
- Pelbagai kegunaan
- Boleh digunakan seisi keluarga
- Boleh di jadikan sebagai losyen
Apabila sudah berkahwin dan mengandung, saya bawa ke sana sini dalam beg untuk sapu di tempat stretchmark. Hasilnya bila bidan mengurut semasa berpantang, dia cakap stretchmark saya tak teruk sangat. Alhamdulillah syukur !
Dan setelah melahirkan cahaya mata, saya gunakan krim Herbal Blend pada putri kami pula. Sapu pada ruam lampin, ruam susu, kesan gigitan nyamuk, kurangkan suhu panas ketika demam dan gatal-gatal di kulit.
Yaa.. memang serbaguna sungguh krim ni. Dah la tahan lama. Kegunaan untuk 3 orang ahli keluarga tahan berbulan-bulan. Kadang-kadang saya akan picit sedikit dalam bekas kecik untuk bahagikan dengan anak kakak. Pun masih juga tahan lama sampai jemu tengok botol yang dah nampak kelabu tu, teringin nak bukak botol baru hehe.
Ekzema !!
Tapi di ruangan ni saya nak kongsi lebih lanjut mengenai ekzema.. Sebab Herbal Blend Cream ini juga sangat bagus untuk orang dewasa mahupun bayi yang ada masalah kulit sensitif seperti ekzema.
Ekzema adalah satu keadaan kulit tertentu yang mengalami masalah keradangan seperti keradangan, kemerah-merahan, kekeringan dan penggelupasan kulit. Simptom-simptom ekzema berlaku pada atas permukaan kulit, apabila sempadan lapisan kulit menjadi rosak dan kering disebabkan oleh kehilangan kelembapan dan alahan. Dan ianya juga akan membawa kepada tindakan imun, kulit sensitif dan luka yang sukar dikawal iaitu kesan seperti melecur.
Simptom-simptom Ada Pada Orang Yang Mengalami Ekzema
- Keradangan pada kulit yang kelihatan kemerah-merahan.
- Kegatalan pada bahagian yang dijangkiti
- Bernanah
- Kekeringan yang kemudiannya membentuk kelemumur di kepala
- Luka disebabkan oleh kekeringan melampau
- Perubahan warna kulit, dan tekstur menjadi gelap, kasar dan tebal
- Sensitif pada produk seperti syampu, losyen dan mandian
- Melecur pada kulit disebabkan oleh cahaya matahari
Sekiranya ia berpanjangan dan tidak dirawat dengan betul, ekzema ini boleh bertukar ganas sehingga anda akan mengalami kesukaran untuk tidur, kurang keyakinan diri serta sukar untuk memberi tumpuan kepada kerja.
Manakala ekzema atopik pula, anda yang mengalaminya boleh membawa kepada demam, letih, asma dan masalah sukar bernafas.
Ekzema ini didapati berkait rapat dengan alahan, terutama sekali kanak-kanak. Dan sebilangannya memiliki simptom alahan seperti asma. Manakala 11 masalah yang berkait dengan sistem fungsi imun dan alahan boleh menyebabkan ekzema.
Antara rawatan yang membantu mengurangkan simptom-simptom ekzema :
Rawatan semulajadi yang anda boleh lakukan adalah menyapu pati minyak kelapa pada tuala yang telah disuamkan pada tempat yang gatal. Ulang beberapa kali sehingga lega.
Mengurangkan punca alahan tersebut. Maknanya anda perlu menjaga pemakanan dan tidak makan sebarangan makanan yang anda alah. Jika pada kanak-kanak pula, anda boleh cuba dahulu dan perhati makanan apa yang menyebabkan dia alah. Manakala bayi pula, anda boleh kerapkan menyusu susu ibu untuk mengurang alahan ekzema. Ini kerana susu ibu boleh meningkatkan sistem imun bayi tersebut.
Lagi memudahkan dan menyenangkan anda, sapu sahaja krim herbal blend ini di kawasan yang anak anda gatal tersebut ataupun boleh juga dijadikan sebagai losyen setiap masa untuk mencegah dari kulit bertambah kering. Ianya boleh mengurangkan risiko berlakunya ekzema.
Untuk penjagaan luaran mandian dan ejen pembersih, anda boleh menggunakan Basic H Shaklee. Ini kerana basic h bersifat lembut dan tidak mempunyai kandungan klorin. Organik serta mesra kulit. Anda pasti akan teruja menggunakannya kerana ianya juga serbaguna.
Dan seterusnya anda boleh mengambil suplemen untuk meningkatkan imun sistem dan mengurangkan keradangan di tempat tersebut. Suplemen yang saya syorkan di sini ialah :
- Omegaguard : Kandungan omega 3 yang kaya dengan anti radang ini sangat bagus untuk mengurangkan keradangan. Oleh itu, ekzema tersebut tidak akan melarat lebih buruk lagi seperti melecur dan bernanah. Atau menjadi terlalu kering sehingga luka dan bersisik.
- Vivix, Vitamin C, D & E : Keempat-empat suplimen ini mempunyai kandungan antioksidan yang sangat bagus dalam meningkatkan imun sistem badan supaya dapat melawan jangkitan bakteria tersebut.
Memandangkan ekzema ini sangat banyak di kalangan kanak-kanak, dan kebanyakan rawatannya juga tidaklah begitu spesifik sehingga mempunyai ubatan khusus. Oleh demikian tidak dapat tidak, anda memerlukan ikhtiar secara luaran dan dalaman yang berkaitan dengan fungsi imun dan juga alahan kulit. Dan rawatan dengan produk semulajadi adalah digalakkan.
Bagaimana nak dapatkan Krim Herbal Blend Shaklee beserta suplemen
Jika anda ingin ikhtiar dengan shaklee secara natural, anda bolehlah hubungi saya di talian 016-2354678 atau boleh saja klik di “ORDER NOW” untuk terus kepada whatsApp saya.
Harga krim yang hanya rm37.50. Anda mampu mengurangkan simptom-simptom yang meresahkan anda.
Pengedar Shaklee Aktif, Kausar.
Krim ini memang sangat bagus! 🙂
aryn fadz lee recently posted…VITAMIN UNTUK MATA KERING
suka sangat dengan krim serbaguna ni. memang sokmo bawa ke mana2 saja.