Mungkin anda mengalami migrain sudah berpuluh tahun dan hanya bertahan dengan penadol atau ubat tahan sakit (painkiller). Risau kan lebih-lebih lagi jika sampai mengganggu aktiviti kehidupan seharian. Malahan ubat-ubatan ini boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan anda secara menyeluruh pada masa akan datang. Dan ianya hanya sekadar mengurangkan kesakitan, bukan merawat punca sakit itu sendiri.
Sudah tiba masanya untuk anda ikhtiar dengan vitamin semulajadi untuk menghilangkan sakit kepala melampau ini.
Apakah Migrain ?
Mengalami sakit di bahagian sebelah kepala sama ada di bahagian depan sahaja, kiri sahaja, kanan sahaja atau belakang sahaja. Ianya sakit berpanjangan selama 2 hingga 3 jam dalam satu masa secara berulang. Jika ianya menyerang, anda terpaksa menahan kesakitan berjam-jam. Dan kebiasaannya pesakit akan lega selepas menelan penadol atau merengkuk sambil berbaring untuk menahan kesakitan.
Selain itu, pesakit juga akan mudah berasa loya-loya, muntah dan kembung perut akibat angin.
Fakta Migrain
Berlakunya pembesaran saluran darah dan bahan kimia yang terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit, arteri temporal yang berada di bawah kulit tengkorak mengembang, ini menyebabkan pembebasan bahan kimia dan berlakulah keradangan dan kesakitan yang melampau pada bahagian kepala.
Punca Berlakunya Migrain
- Kekurangan zat dan nutrisi
- Faktor keturunan
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Wanita yang mengalami haid & pra haid
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Banyak mengambil makanan berasaskan MSG atau Nitra
Bagi pesakit migrain ini, anda perlulah lebih peka terhadap punca berlakunya migrain terhadap anda. Dengan cara ini, anda mungkin dapat mengurangkan berlakunya migrain secara kerap. Jika ianya berpunca dari pemakanan, maka anda perlu menghindari makanan tersebut dan mengambil makanan yang cukup nutrien.
Manakala jika anda ingin mengurangkan risiko disebabkan oleh faktor keturunan, maka anda perlu mengubah cara hidup yang lebih sihat supaya risiko ini dapat dielakkan.
Walaupun begitu, anda juga amat di galakkan untuk mengambil sumber nutrisi yang secukupnya. Oleh itu, pengambilan suplemen amatlah disarankan seperti vitamin shaklee ini.
B COMPLEX
Vitamin B2 (isoflavon) dan vitamin b6 (pyridoxine) telah terbukti boleh mengurangkan kesakitan akibat migrain.
Vitamin B lengkap di dalam b complex shaklee membuktikan bahawa anda bukan sahaja dapat mengurangkan migrain, malah anda juga dapat mengurangkan sakit akibat depresi, strok dan sebagainya.
OSTEMATRIX
Kalsium ini fungsinya bukan saja dapat membina tulang dan gigi, malah ia mampu membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi keluar masuk dalam membran dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam fungsi sistem saraf, otot dan buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
Manakala magnesium pula penting untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang boleh menyebabkan migrain.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium yang lebih baik. Vitamin yang tiada vitamin D tidak boleh diserap di dalam tubuh. Dan ianya boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
TESTIMONI ORANG YANG TELAH MENGAMBIL SET MIGRAIN
Jika anda mempunyai masalah migrain sama ada baru terjadi, sudah lama menderita. Anda boleh ikhtiar dengan Set Migrain Shaklee. Boleh hubungi saya 016-2354678 untuk konsultasi di talian setelah anda membeli secara online sekarang. Klik emoticon dibawah untuk shopping.
Menarik untuk anda baca –> Cyst Semasa Hamil. Adakah Ia Boleh Memudaratkan Bayi?
Oooo… patutlah kawan saya ambik ostematrik tu… Thanks share info ni…
Alongxp recently posted…Jumlah minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik