Cer teka minyak apa dalam botol tu?
Haa.. orang dah biasa buat mesti tau kan. Kausar nak share tips untuk mommy apa yang kausar amalkan sejak raudhah masih baby sampailah sekarang. Mungkin ramai dah tau dan amalkan.. Alhamdulillah
Tapi bagi yang belum tau..harap perkongsian ni bagi manfaat ye.
TIPS LEGAKAN BATUK BERKAHAK DAN SELESEMA
Bila anak selsema batuk ni paling mommy risau sangat. Kalau boleh taknak anak anak selsema tapi apakan daya. Kalau flu datang tu kena lah ikhtiar something untuk cepat2 baik dan tak melarat.
Senang sangat mommy.. hanya dengan bahan dan barang dekat dapur kita je dah boleh buat.
Minyak bawang yang boleh bagi 1001 kelegaan pada ibu2. Kadang kita lupa yang bahan semulajadi betul2 membantu, kita tak sabar (Risau anak lama2 duk batuk selsema). Sebenarnya itulah yang paling selamat dan mujarab.
Bahan-bahan cuma 2 je
✔Minyak zaitun (kalo takde, blh je guna minyak masak) atau apa2 minyak yang bersesuaian.
✔bawang putih 2 ulas (secukupnya, jgn byk sangat nanti bau menyengat)
Bakar bawang yang dikupas tadi then campur dua bahan ni, sebatikan. Letak dalam mana2 bekas yang mommy rasa menyenangkan nak guna nanti.
Ni kausar isikan dalam tiub kosong mcm ni lebih praktikal. Nak guna senang, tak mudah tumpah.
Sapu minimum 2x sehari.. Nak lebih takde masalah. Sapu dekat dada, belakang badan dan hidung. Usap-usap urut manja sikit selesai. Sapu lepas mandi lebih bagus.
Tak suka bau bawang? Nanti nak muahh anak busuk.. hehe. Korang tabur la bedak pulak lepas sapu minyak tu.. No hal lah. Siyesly sangat mujarab untuk batuk berkahak, Selsema meleleh2. Kausar memang amalkan untuk raudhah. No need nak tembak-tembak dekat lubang hidung baby. Nak kena NEB.
Tapi bukan maksud kausar.. tak boleh bawak pegi klinik.. No no no. Kita ikhtiar la cara lain selagi boleh. Pilihan di tangan mommy je nak cuba cara mana.
yang kausar pasti, cara ni kausar dah cuba. Alhamdulillah memang jadi untuk raudhah. So minyak bawang ni memang sentiasa ada lah dengan kausar. Masa dia tak flu pon kausar sapu jugak. Untuk mengelakkan.
Jika berlarutan jumpa doc untuk rawatan tau.
Tapi kalau taknak anak kerap sangat kena batuk, selsema dan demam. Kausar suggest supaya mommy cubalah jugak untuk kuatkan imun sistem anak. Jadi anak yang selalu bergaul dan berkawan dengan ramai budak-budak di sekolah, nurseri dan sebagainya, dorang takkan la sebulan sekali kena flu.
pengamalan dan pengambilan vitamin boleh menguatkan imuniti anak mommy. Bagi anak bawah 2 tahun, mommy breastfeeding boleh amalkan pengambilan vitamin. Jadi boleh terus supply pada anak saja melalui susu ibu. Kerapkan menyusu. Tapi bagi anak atas 2 tahun, mommy boleh bagi anak ambik vitamin kanak-kanak iaitu
VITALEA FOR CHILDREN
OMEGAGUARD
CHEWABLE VITAMIN C PLUS
Baca info di sini Mengenali tahap perkembangan anak supaya ibu tak gelabah dan risau
Dengan pengambilan yang konsisten, kemudian pemakanan yang seimbang boleh meningkatkan imuniti anak.. insyaAllah. Bukan saj boleh kuatkan imun, anak dapat bonus bijak bistari pulak dengan pengambilan omega3 yang cukup tu. Anak pon mendapat khasiat dan nutrien lengkap dengan multivitamin vitalea.
Untuk dapatkan vitamin semulajadi tersebut, mommy boleh hubungi kausar di nombor fon yang tertera. Beserta konsultasi dari kausar.
Jom jadi mommy prihatin untuk anak-anak membesar dengan sihat dan ceria
It’s remarkable for me to have a site, which is useful in support
of my knowledge. thanks admin
Buy Essays of Top Quality recently posted…Buy Essays of Top Quality