Anak yang berusia 1 – 2 tahun sedang mengalami tahap perkembangan otak yang sangat cerdas. Pematangan otak, saraf dan neurin otak yang bersambung di atara satu sama lain. Menurut kajian, sebanyak 2 juta neuron terbentuk di setiap selebron otak anak yang sihat.
Manakala pada umur setahun, bayi akan bertambah berat dan panjangnya separuh daripada ketika lahir. Perkembangan otaknya juga terus berkembang sehingga mencapai separuh daripada otak orang dewasa. Maka pertumbuhan ini memerlukan nutrisi pemakanan yang cukup sama ada daripada ibu yang menyusukan anak atau sebaliknya, serta berada dalam lingkungan persekitaran yang sihat.
Sejak lahir sehingga umur mencapai 1 tahun, berlaku perkembangan kemampuan gerakan fizikal bermula dari gerakan tangan, kaki dan seterusnya kepada. Bayi melakukan gerakan fizikal mengangkat kepala, berguling, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dengan bantuan dan berjalan dengan upaya sendiri.
Bukan itu sahaja, perkembangan sistem motor skill bayi juga berlaku secara drastik iaitu menggenggam, mampu mengawal gerakan genggaman, memindahkan benda dari satu tangan ke tangan yang lain, mengambil barang, menunjuk dengan jari, makan sendiri dan menconteng.
Sangat hebat bila di kaji, kerana bayi pada usia ini berkembang dengan kemampuan menyimpan dalam ingatan bawah sedar. Oleh itu, sangat penting pada ibu bapa membentuk peribadi anak bermula pada usia ini. Biar pun hanya memasang ayat-ayat suci al-quran, bahkan menunjukkan kad-kad nombor atau huruf. Nampak seperti kita tengah syok sendiri kan? Tapi percayalah anak-anak akan keluarkan simpanan ilmu dari ingatan bawah sedar tersebut pada usia 2 tahun ke atas.
Manakala pada usia 2 tahun ke atas merupakan perkembangan otak sedar. Mereka belajar dengan meniru melalui pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Apa yang di lihat di dengar pada usia ini biasanya akan terus di ikut ‘apply’ . Seterusnya perkembangan bahasa berlaku pada usia ini. Percakapan yang di tuturkan mulai di fahami.
DI SINI SAYA RINGKASKAN :
-
Meniru tingkah laku orang dewasa di sekelilingnya
-
Memahami kata-kata dan bahasa tubuh dengan lebih baik
-
Melakukan eksperimen dengan benda-benda di sekitarnya
SARANAN UNTUK IBU BAPA / PENJAGA :
- Melindungi bayi anda dari gangguan mental dan fizikal
- Anak anda sedang berkembang pada tahap ini, maka sangat penting untuk anda memberi perhatian khusus. Contohnya berjalan ; jika anak anda menunjukkan reaksi gerakan fizikal tetapi memakan masa yang agak lama. Maka dorong bayi agar maju ke depan.
- Anak anda sedang belajar mengekspresikan emosi, jika anak sedang mengamuk sebaiknya ibu bapa perlu sabar. Jangan memukul, mencubit atau melukai anak. Peluk, pujuk dan nasihati anak dengan lembut. Gunakan bahasa yang mudah di fahami oleh anak. Mudah, ringkas dan padat. Jangan berjela-jela memberi penjelasan. Alihkan perhatian anak anda supaya anak lupa terhadap amukkan tadi. Jangan terkejut, anak di usia ini begitu mudah untuk tertarik dengan benda lain seterusnya lupa tangisan sebentar tadi.
- Anak sudah mula memahami pemilikan sesuatu barang. Maka pada ketika ini, sangat penting ibu bapa mengajar anak tentang pemilikan barang. “ini saya punya” “ini bukan hak saya” . Ibu boleh sediakan barang hak miliknya di tempat penyimpanan yang teratur. Tempat yang kondusif.
- Sangat penting ye ibu bapa mengajar anak menyimpan sendiri mainan dan alatan pembelajarannya di tempat asal. Ini membentuk sifat yang komprehensif untuk anak yang sedang berkembang.
- Ajarkan anak mengenai benda-benda bahaya dengan bahasa yang mudah. Tunjukkan warna, benda, dan bentuk sesuatu.
- Mengajak anak bercakap dengan bahasa normal bukan secara pelat. Ini kerana anak sedang “install” perkataan tersebut dalam memory bank
- Berikan imunisasi secukupnya setiap usia yang di tetapkan oleh pusat kesihatan. Maklum saja dengan wabak sekarang, sukar untuk di elakkan. So, imun yang kuat di perlukan oleh anak anda.
- Mengajak anak untuk makan. Ini untuk mendisiplinkan mereka bahawa mereka perlu untuk makan pada waktu sekian-sekian. Jangan terlalu kerap memaksa mereka untuk makan tetapi gunakan kreativiti anda untuk membuatkan anak tertarik untuk makan.
- Jangan hanya melarang dengan “jangan”. Tetapi jelaskan maksud jangan tersebut dengan bahasa mudah paham.
- Memuji anak selayaknya atas setiap prestasi mereka. Menghiburkan ketika mereka kecewa, sedih, takut dan marah.
- Memberikan anak peluang untuk membuat pilihan sendiri dan menunjukkan keinginannya, bukan memendam secara berterusan. Jangan memaksa anak untuk mengikut kemahuan ibu bapa seterusnya mengabaikan keinginan anak. Jika perlu di tolak, jelaskan sebab penolakan.
Ini merupakan ringkasan serba sedikit panduan ibu bapa untuk lebih peka terhadap perkembangan anak. Jika terdapat suatu tindakan atau tindakan yang tidak normal, ibu bapa perlu segera rujuk pada pakar kesihatan kanak-kanak dalam kadar segera.
Perlu diingat juga, setiap anak mempunyai pertumbuhan dan perkembangan masing-masing yang tidak sama. Namun jika perkembangan anak terlalu menyimpang dari had kadar normal, seeloknya ibu bapa perlu mengambil serius.
Perkembangan dan pertumbuhan anak ini juga berkait rapat dengan rangsangan neuron-neuron otak anak dan antibodi anak. Lebih jelas lagi, penerimaan nutrisi lengkap setiap hari. Samada di salurkan oleh ibu menyusu ketika usia bawah 2 tahun atau pemakanan anak.
Anak anda memerlukan 18 vitamin dan mineral setiap hari untuk memenuhi pertumbuhan mereka. Untuk dapatkannya, ibu perlu menyediakan hidangan lengkap sayur, nasi, buah yang complete setiap hari.
Oleh itu, penyediaan vitamin / supplement sangat penting untuk anak-anak bukan sahaja orang dewasa. Perkembangan dalam kondisi yang sihat sejak kecik lebih baik bukan !!
VITAMIN KANAK-KANAK :
-
VITALEA FOR KIDS ( complete vitamin & mineral ) – membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu. Sumber kalsium Pembina tulang, baik untuk kesihatan, membekalkan vitamin B.
-
MEALSHAKE ( protein for growing cells ) – sumber protin dengan vitamin dan mineral tambahan, menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap Sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
-
CHEWABLE VITA C ( increase immune system ) – membantu mengekalkan pertahanan badan secara semulajadi, membantu anda menjaga kesihatan gigi, gusi, serta struktur tulang, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
-
OMEGAGUARD ( food for brain ) – DHA & EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Ianya juga merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan (satu hidangan omegaguard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Jadi, pilihan di tangan ibu bapa untuk menyediakan yang terbaik untuk perkembangan anak anda. Ini merupakan panduan nutrisi lengkap yang sepatutnya anak-anak dapat.
Ehemmm.. vitalea for kids a.k.a multivitamin yang diterangkan di atas, bulan januari ni ada promosi BACK TO SCHOOL tau.
(BUY 3 FREE 1)
Jika memerlukan konsultasi tentang nutrisi anak anda, boleh juga hubungi kausar di talian yang tertera di bawah. Untuk dapatkan vitamin anak anda, boleh dapatkan segera daripada kausar beserta pakej konsultasi terus daripada kausar sendiri.
jom sihat bersama set kanak-kanak shaklee !!
umur 1 hingga 2 tahun n mcm sponge. semua benda dia absorb. sbb tu kena tunjuk tingkah laku yg baik dpan anak
nikkhazami recently posted…Senarai Filem Menarik 2018