Apakah Fibroid
Selalunya kita kurang memberi tumpuan dengan petanda dan risiko terhadap ketumbuhan fibroid. Terutama ketika masih lagi belum berumahtangga.
Namun tahukah anda bahwa ketumbuhan ini boleh memberi tekanan emosi kepada wanita.
Mari kausar terangkan selanjutnya mengenai fibroid.
Sepertimana yang kita ketahui, wanita mempunyai 2 hormon yang saling melengkapi. Tidak boleh terkurang, tidak boleh terlebih. Hormon tersebut ialah estrogen dan progestron.
Estrogen ini dikeluarkan oleh kilang wanita iaitu ovari. Manakala progestron pula dirembeskan bila berlakunya kitaran ovulasi.
Jika mana-mana proses tidak berlaku seperti sepatutnya, seperti penetasan telur (ovulasi) ini. Bila progestron yang sangat kurang ini berbanding pasangannya iaitu estrogen, maka akan berlaku la ketumbuhan fibroid mahupun kanser.
Tanda-tanda Fibroid
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, kausar nasihatkan anda segera berjumpa dengan doktor untuk pengesahan lanjut.
1.Perut buncit yang tidak semena-mena seperti tengah hamil.
Mungkin akan nampak biasa dan seringkali wanita tidak perasan bahawa perut buncit itu adalah disebabkan oleh ketulan dalam rahim.
2.Darah period keluar dengan sangat banyak sehingga terpaksa menukar pad dengan sangat kerap.
Jika ini yang anda rasakan sekarang sila berjumpa doktor dengan segera untuk menerima rawatan lanjut.
3.Kerap sakit semasa period terutama di sekitar pinggang dan belakang.
Sakit seperti senggugut yang sangat teruk dan sakit pinggang membawa ke paras peha.
4.Sakit ketika melakukan hubungan intim.
Anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk melakukan hubungan bersama suami. Dan ia boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Jangan bertangguh sebelum jadi semakin teruk.
5.Kerap kencing, berulang alik ke tandas. Minum air kemudian terus terasa penuh pundi kencing.
Setiap 5 minit sekali anda akan ke tandas dan tandas sudah menjadi rumah kedua anda. Sangat tertekan bukan
Ini merupakan sebahagian dari tanda anda mempunyai fibroid iaitu ketumbuhan di otot rahim.
PENGALAMAN saya dan CARA saya atasinya
Saya mengalami kesemua tanda-tanda di atas yang menjejaskan kehidupan seharian saya. Memang stress terutama bila kita tidak cukup ilmu untuk mengenai fibroid. Sebelum ini saya langsung tidak endah dengan keilmuan tentang ketumbuhan ini. Dan merasakan diri ini sihat dan tak perlu tahu.
Jika anda seperti saya juga, anda memang silap besar kerana setiap wanita seharusnya tahu tentang perkara ini walaupun masih lagi tidak berkahwin. Jika anda sudah mula timbul tanda-tanda ini, anda boleh segera membuat pemeriksaan lanjut tanpa berfikir banyak kali kerana hanya dengan melakukan scan anda mengetahui sama ada anda ada ketulan itu ataupun tidak.
Saya pernah di diagnose terdapat ketulan di ovari dan juga di rahim. Maksudnya saya di beritahu ada cyst dan fibroid sekaligus. Malahan ketulan fibroid berbiji-biji di dalam rahim.
Saya dapat tahu ni pon lepas membuat beberapa pemeriksaan di beberapa klinik swasta sehingga saya rasa puas hati dengan persoalan yang saya dapat.
Masa tu saya sangat sedih tambahan lagi waktu tu anak masih lagi kecil tidak sampai 2 tahun dan bersalin secara czer. Dan saya diberi surat temujanji selanjutnya untuk rujukan pihak hospital. Pada bulan 9, 2017. Saya di diagnose sekali lagi oleh doktor pakar.
Selama tempoh menunggu selama beberapa bulan tu, saya mengamalkan VIVIX SHAKLEE dan meninggalkan sedikit cara pemakanan yang tidak sihat.
Alhamdulillah dengan pengambilan supplement yang teratur, saya disahkan selepas scan kali ke 2 oleh doktor pakar bahawa cyst saya yang bersaiz 2cm telah hilang dari radar. Fibroid berketul-ketul 2cm juga berganjak dari keadaan pertama kali scan.
Dari penjelasan doktor pakar O&G ketika itu bahawa fibroid yang tinggal seketul itu sudah tidak aktif. Dan saiz tersebut tidak berbahaya, ianya bakal hilang seiring dengan menopouse nanti.
Alhamdulillah penjelasan ni memang sangat melegakan, tambahan lagi kata doktor saya tidak perlu berpantang pemakanan cuma perlu amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa.
Nak tau tak macam mana saya berikhtiar untuk kecutkan kembali fibroid dan cyst tersebut?
Saya amalkan VIVIX SHAKLEE seawal saya di sahkan ada ketulan. Soal harga saya tolak tepi sebab kesihatan masih lagi dalam poin yang teratas bagi saya.
Dan saya sangat percaya, sesuatu yang berharga dan bernilai tidak akan begitu murah untuk dapatkan. Kita perlu membayar untuk harga yang sangat mahai. Dan sesuatu itu adalah KESIHATAN.
Setelah mengubah cara pemakanan dan gaya hidup sihat, saya semakin yakin bahawa diri kita adalah apa yang kita makan.
Jika anda ingin dapatkan konsultasi secara percuma dari saya, bagaimana saya jaga aturan pemakanan dan macam mana saya sepanjang proses ini. Boleh wassup saya segera.
Syukur, mujur ada vivix dan diperkenalkan seawal dulu lagi. Lega sangat-sangat bila tak perlu menanggung risiko yang lebih parah dan dapat tahu lebih awal mengenainya.
Antara lain yang anda perlu titik beratkan juga untuk berikhtiar ialah :
- Memakan makanan betul iaitu “real food”. Jauhi seboleh mungkin untuk mengambil makanan segera.
- Memakan sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan anti oksidan.
- Elakkan makanan berminyak dan berlemak santan.
- Elakkan lauk pauk yang dah disuntik.
- Elakkan banyak menggunakan bekas plastik/polistrin.
Jika anda sedang mencari alternatif untuk mengecutkan fibroid sepertimana yang dialami oleh kausar sendiri, boleh lah mengamalkan vivix shaklee dengan konsisten.
Dan jika ingin mendapatkannya, boleh hubungi kausar di talian tertera. Atau boleh saja klik di link ini http://www.wasap.my/60162354678
Atau jika ingin membeli vitamin secara online boleh klik Esell, anda akan lebih mudah dan cepat.

Amalkan pemakanan dan vitamin semulajadi untuk kesihatan yang baik
Takut juga tengok fibroid tu, insyaAllah kalau kita amalkan pengambilan shaklee ini dengan izinNya boleh sembuh
Khairul Zamri recently posted…6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar
InsyaAllah semua penyakit ada ubatnya
penerangan yang amat menyakinkan..
memang kesian juga kepada mereka yang mengalami masalah tersebut..
sakit yang diceritakan itu tidak tergambar lagi.
moga mereka terjumpa produk Vivix untuk mengatasinya..
mrhanafi recently posted…Mencari Cinta Sejati Entah Di Mana
Aminn. Smoga artikel ni dpt membantu ramai org yang perlukan.
sekarang faktor pemakanan kita menyumbang kepada pelbagai penyakit. minta dijauhkanlah
mat jedi recently posted…Graduan Kejuruteraan Awam, Ini Senarai Pekerjaan Yang Boleh Di Mohon